Image Hosted by ImageShack.us

CORAT - CORET KONVESYEN PROSTAR 2007










Masam Manis Konvensyen dan Kolokium PROSTAR Kebangsaan 2007
pada 8hb - 11hb jun 07 di UPM Bangi Selangor.

Assalammualaikum dan salam bahagia. Sebelum itu, saya mewakili PROSTAR N9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROSTAR Malaysia dan PROSTAR Selangor kerana dapat menganjurkan program Konvensyen tersebut dengan berjaya sekali. Bagi yang telah berjaya mengondol beberapa anugerah pertandingan, tahniah juga diucapkan. Sure anda balik ke negeri masing - masing dengan senyuman yang lebar. Bagi kontijen - kontijen yang tidak berjaya...jangan putus asa, kita rentap sekali lagi di konvo yang akan datang. Jadikan pertandingan ini sebagai satu platform untuk anda mencari sesuatu idea baru untuk dipertandingan di masa akan datang. Bagi PROSTAR Selangor....syabas dan ucapan terima kasih dari kami di PROSTAR N9 kerana telah dapat menganjurkan program ini dengan baik sekali. Sekali sekala terlihat jugak saya melihat, kepenatan yang dirasai oleh petugas - petugas PROSTAR dalam berusaha untuk memastikan segala berjalan dengan lancar sekali. Adakalanya kita terlepas pandang dan tak nampak rakan - rakan di sebalik tabir ini bertungkus lumus bekerja secara sukarela bagi memastikan program ini akan menjadi satu kenangan indah buat semua kontijen. Mungkin bagi anda yang selalu membuat kerja - kerja sukarela ini, pasti saya percaya memahami kepenatan yang dirasai oleh mereka. Terima kasih saya ucapkan. Sian kauorang yer. Apapun tentu u all happy kerana PROSTAR Selangor telah dapat mengondol sebanyak 5 anugerah daripada 6 anugerah yang dipertandingkan. Banyak tu.....Sure u all puas hatikan...Kami di PROSTAR N9 cuma mendapat 2 Anugerah yang dipertandingkan. Alhamdullilah. Bagi kami menang ke kalah ker ....yang penting dapat masuk bertanding. 2 tahun lepas kami cuma menang satu sahaja bagi tempat ke 3 dalam Anugerah Projek Outreach. Tentu rakan - rakan masih ingat Projek Kg Orang Asli Kg Putra Jelebu NS. Kami jugak sempat membuat lakonan di malam persembahan mengenai Aids di kg Orang Asli. Best jugak PROSTAR KL handle Konvensyen pada masa itu. Oh yer... bila di sebut MR. JEVA....sure ramai yang kenal berbeza AJK2 yang lainkan........ kuat betul di bekerja yer....rajin giler.... apa orang kata dah minat....penat pun tak rasa....Saya masih ingat lagi dia mempersembahkan Projek Siti Nurhaliza. Masa tu dia kecik jer...zaman sekolah rasanya. Bertuah betul PROSTAR Malaysia dapat orang macam tu. Rajin gilor ( kata orang N9). Saya jugak perasan yang awal pagi dia dah datang kat dewan bagi memastikan semua berjalan lancar dan setiap kali sesuatu program berlangsung di dalam dewan dia pasti akan cuba berada didalam bersama peserta atau berhampiran dengan dewan. Apapun bagi AJK2 dan petugas2 lain, seperti saya katakan awal tadi u all pun THE BEST jugak. Cuma ditugaskan di sebalik tabir katakan. Kami di PROSTAR Jempol ingin mengucapkan tahniah kepada PROSTAR Seremban kerana berjaya menjadi Juara PROSTAR Kebangsaan bagi kategori Inovasi Pendidikan Kesihatan Remaja. ( Makan Bola ,Minum Bola,Jom Join PROSTAR lar... ) Syabas buat pembentang projek kerana dapat menyampaikan dengan baik sekali sekaligus berjaya menambat hati juri. Bagi Faizal and Krew PROSTAR Seremban sure happy sebab projek u all menang. Kebangsaan tu beb. Bagi saya,ini adalah satu hadiah istimewa buat Penyelaras PROSTAR Negeri Puan Kauthar ( ketua Kontijen ) dan Setiausaha Kelab PROSTAR N9 Dr Norliza yang selama ini bertungkus lumus mencari yang terbaik dikalangan terhebat di N9 semasa Konvo PROSTAR N9 bulan lepas. Tak lupa juga diucapkan kepada Yang Dipertua Kelab PROSTAR N9 Dr Hj Omar B. Mahat kerana memberi sokongan terhadap program2 PROSTAR di N9. Sure happy sebab ada jugak PROSTAR N9 di umumkan sebagai juara. En Ramli ( yang pegang bunga tu ) Trima kasih...trima kasih...trima kasih......abang ramliiiii.....trima kasihhhhh... abang ramli....lain masa jumpa lagiiii......( sambil tepuk ). Bagi En. Zaini and Fadzil ( PROSTAR PD ) tahniah jugak sebab telah berjaya menjadi wakil N9 mempersembahkan Projek Outreach. Kalah menang sudah menjadi asam garam dalam satu pertandingan kan...
.
Berikut adalah Keputusan Pertandingan
Kolokium dan Konvensyen Kebangsaan PROSTAR 2007
.
1. Anugerah Bintang PROSTAR Terbaik Malaysia
Mohd Firdaus B. Syer Ahmad - Selangor
Azhar Noor Rahman - Johor
Amir Zulhairi Bin Mohd Yusof - N9
.
2. Anugerah Penyelaras PROSTAR Terbaik Malaysia
Mohd Nasroum B. Mohd Nasib - Selangor
Elniee Bt Melson - Sabah
Azlan B. Hussin - Kedah
.
3. Anugerah Rumah Kelab PROSTAR Terbaik Malaysia
Kota Bharu - Kelantan
Jasin,Melaka
Kelang, Selangor
.
4. Anugerah Projek Outreach PROSTAR Malaysia
Pertama - Kem Aro Poh Angkabon ( Lahat Dau, Sabah )
Kedua - Program Pencegahan HIV/Aids ( Kelang,Selangor )
Ketiga - Sehari Anak Kedah Bersama PROSTAR ( Bandar Baharu,Kedah)
.
5. Anugerah Inovasi Pendidikan Kesihatan Remaja PROSTAR Malaysia
Pertama - Makan Bola,Minum Bola Jom Join PROSTAR - N9
Kedua - Phone Deco Smart Info - Sabah
Ketiga - Saya Tak Mboh Aids - Terengganu
.
6. Anugerah Presiden : Pn Saudah Bt. Shahrom - Selangor
.

MASAM MANIS KONVENSYEN PROSTAR N9 2007

LAPORAN KONVENSYEN PROSTAR NEGERI SEMBILAN 2007.

Tempat : Pusat Pemulihan Akidah Jelebu Tarikh : 11hb - 13hb Mei 2007

Syukur alhamdullilah Konvensyen Prostar NS 2007 telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada Prostar Jelebu kerana bertungkus lumus menyiapkan persiapan dan program dengan begitu teratur sekali. Apapun kami di Jempol memohon maaf kerana terlewat datang, dan difahamkan bahawa Prostar Jempollah yang menutup tirai pendaftaran masuk ke konvensyen tempoh hari.Sian pulak saya tengok rakan - rakan Jelebu menunggu kami. Apa pun tabik untuk anda ( Ajk pendaftaran dan penginapan ) kerana setia dan sentiasa tersenyum dengan kelewatan kami itu. Siap tanya dah makan ke belum.... Best lah u all nie. Maaf juga di pohon kerana kami tak dapat menolong Pak Ayub ( Prostar Jelebu ) dalam sebarang pertolongan persiapan tempoh hari kerana pada mulanya, memang kami bercadang nak datang awal , kok buleh tolong - tolong ( macam rumah kenduri tu ) sebab maklumlah Prostar Jelebu pulak yang sambut menantu tahun ni. So sebagai timbal balik, maka kami di barisan Sukarelawan Prostar Jempol pun berpakat bersama - sama Prostar Jelebu untuk mengemaskan Dewan Konvensyen sebelum balik tu. Nanti kok ado daerah lain yang sambut menantu lagi, insyaallah kami sukarelawan Prostar Jempol akan cuba datang awal. Untuk maklumat pembaca, dalam konvensyen tersebut Kelab PROSTAR Jempol telah mengondol 3 kategori iaitu En. Kamarulzaman Daniel ( Abangman ) telah memenangi Penyelaras Terbaik PROSTAR NS 2007 , Abang Amir pula telah dianugerahkan Bintang PROSTAR NS 2007 manakala dalam pertandingan Inovasi , Laman Web ini telah memenangi tempat kedua. Bangman dan Abang Amir adalah layak masuk ke Pertandingan akhir Peringkat Kebangsaan 2007 di UPM nanti bagi mewakili PROSTAR NS. Semoga berjaya. Doakan kami agar beroleh kejayaan sekali lagi diperingkat kebangsaan pula. OK.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN CORETAN TENTANG KOLOKIUM DAN KONVENSYEN PROSTAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2007 DI UPM. SILA KLIK PADA Corat - Coret Konvensyen PROSTAR 2007 dekat Slot Klik Mana Minat...

" Fahami Remaja, Bina Nilai: Remaja Malaysia Dalam Era Global "



Thanks for En. Jeva ( PROSTAR MALAYSIA ) kerana sudi meluangkan masa bersama Team PROSTAR Jempol pada malam tersebut. Banyak maklumat yang kami dapat kongsi bersama. Ada masa kita jumpa lagi yer.


( Sempat tu tido....sementara menungu hakim datang )
.

( Steady dil...walaupun kalah... tahun depan kito cuba lain lak )

.

( En. Hasnol pun nak bergambar jugak - Penyelaras Baru Prostar Jempol )

.

( Buapak Tanah Kedaung Jelebu ini.... sentiasa bersiap sedia apabila di perlukan ).

( Abang Hensem kito...En Shamsul Kuala Pilah - Orang Lama nie ).

( Orang sakit...mesti kena senam )