Image Hosted by ImageShack.us

PROSTAR

Latarbelakang Penubuhan



Berdasarkan kepada situasi di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja maka Prostar ditubuhkan. AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.

Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah.

Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

.
PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.

Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.
.
KONSEP PROSTAR
.
PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
.



( Nak baca - sila double klik pada rajah )

Aktiviti-aktiviti
Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikan Latihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya.

Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah;
Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
Sesi kaunseling remaja.
.
.
.
Latihan PRS PROSTAR
Menerbit dan mengedarkan newsletter
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)
Sehingga akhir Disember 2005 sebanyak 5,871 sesi aktiviti PROSTAR telah dilaksanakan dan seramai 815,157 orang remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun telah turut serta dan mendapat maklumat HIV/AIDS melalui aktiviti yang disertai. Pada tahun 2005 sahaja sebanyak 227 sesi aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS yang telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 23,455 orang remaja. Sehingga akhir tahun 2005 sebanyak 104 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan iaitu di daerah dan negeri serta 2268 buah di sekolah menengah di seluruh Negara. Kini Kelab PROSTAR Malaysia, giat dalam menubuhkan Pusat Khidmat PROSTAR (PKP) di seluruh Negara dalam menyediakan sebuah premis kesihatan remaja dengan pendekatan "mesra remaja" kepada remaja-remaja yang bermasalah.
.
Acara Tahunan
.
Konvensyen
Konvensyen PROSTAR diadakan dengan hasrat untuk memberikan peluang dan ruang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman

Konvensyen Prostar telah dijalankan secara dwitahunan di peringkat negeri dan juga di peringkat Kebangsaan. Tujuan Konvensyen diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli kelab PROSTAR (prostarian) untuk berkumpul dan bertukar pengalaman serta menyelesaikan permasaalahan berkaitan Program PROSTAR di Malaysia secara lebih bersepadu dan bersemuka. Acara konvensyen diadakan adalah bagi mempastikan kelangsungan program PROSTAR ini. Di samping acara tetap seperti upacara perasmian dan Mesyuarat Agong Kelab PROSTAR, berbagai acara yang boleh meningkatkan pengetahuan,motivasi dan minat PRS untuk terus aktif juga diadakan seperti sesi berkongsi pengalaman, pameran pencapaian, acara sukan, aktiviti gotong royong, aktiviti kemasyarakatan dan banyak lagi.
.
Jambori Prostar
Jambori PROSTAR merupakan aktiviti perkhemahan remaja PROSTAR Sekolah bertujuan untuk memberi ruang kepada mereka berhimpun, bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memberi input-input pendidikan dan pengetahuan. Program Jambori ini juga diadakan secara dwitahunan dan bertindak sebagai landasan dalam memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dan guru sekolah yang banyak menyumbang dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan khususnya dari aspek pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di sekolah. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk sahsiah individu ke arah kehidupan yang sihat, berdikari, beketrampilan serta berwawasan.
.
.
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung diadakan setiap tahun bagi memenuhi kehendak perlembagaan Kelab PROSTAR dengan pemilihan jawatankuasa setiap dua tahun. Perwakilan berpeluang mengemukakan usul di samping menilai prestasi kelab
.

( Nak baca - Double klik pada rajah )