Image Hosted by ImageShack.us

PROSTAR 2006

1. PRS 1/2006
Tarikh : 3 – 5hb Mac 2006
Tempat : Hutan Rekreasi Jeram Serting Ulu,Kg. Serting Ulu. NSDK.
Bil. Peserta : 40 orang
Bil Fasilitator / Urusetia : 10 orang

Prog PRS PROSTAR tahun ini di adakan di Jeram Serting Ulu. Sebanyak 5 buah sekolah iaitu SMK Palong 2, SMK Seri Perpatih, SMK Palong 7, SMK Palong 11 dan SMK Lui Barat telah menghantar wakil dari Kelab PROSTAR Sekolah masing-masing bagi mengikuti program ini. Peserta dibawa berkhemah dan program PRS ini dapat diadakan dengan lancar. Disamping menimba ilmu tentang bahaya penyakit HIV/AIDS dan bagaimana untuk mencegahnya, peserta dapat menikmati keindahan alam sekitar dan berpeluang merasai suasana berkhemah didalam hutan.


2. PRS 2/2006
Tarikh : 7 – 9hb April 2006
Tempat : Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Felda Pasoh Dua.
Bil. Peserta : 40 orang
Bil Fasilitator / Urusetia : 10 orang

Program PRS PROSTAR sessi 2/2006 kali ini di adakan di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) Felda Pasoh Dua. Para peserta dari 4 buah sekolah iaitu dari SMK Pasoh 2, SMK Batu Kikir, SMK Dato’Mansor dan SMK Bahau 2 telah menghantar wakil dari Kelab PROSTAR Sekolah masing-masing. Pada sessi ini, peserta berpeluang menaiki jambatan gantung sepanjang 1.5km setinggi 25 – 30 kaki yang dibiayai WHO. Hanya sebahagian peserta sahaja yang berani untuk mengambil peluang ini kerana ada di antara mereka takut pada ketinggian!. Pembelajaran tentang bahaya HIV/AIDS dan Pembimbing Rakan Sebaya seperti biasa di pelajari oleh para peserta dan diharapkan maklumat yang berguna dapat menjadi panduan dan pedoman bagi para peserta di masa hadapan.

3. Ekspedisi Berkeretapi ARPRM dan PROSTAR Jempol ke G. Belumut, Kluang, Johor
Tarikh : 15 – 18hb April 2006
Tempat : Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang, Johor.
Bil. Peserta : 50 orang
Bil Fasilitator / Urusetia : 15 orang

Pada program kali ini, Kelab PROSTAR Daerah Jempol bersama Anugerah Remaja Perdana Daerah Jempol (ARPRM), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol telah menganjurkan satu ekspedisi ke Gunung Belumut, Kluang Johor Darul Takzim. Para urusetia dan peserta seramai 65 orang memulakan perjalanan dengan menaiki keretapi dari Pekan Bahau ke Bandar Kluang. Kemuadian menaiki bas untuk tiba di Hutan Lipur Gunung Belumut. Para peserta didedahkan suasana berkhemah dan aktiviti pembelajaran tentang bahaya Penyakit HIV/AIDS juga diadakan . Para peserta program juga berjaya menawan Puncak Gunung Belumut setinggi 1,010 meter.


4. XPDC Trans-Titiwangsa anjuran Kelab PROSTAR Btg. Padang. Perak
Tarikh : 20 – 23hb Julai 2006
Tempat : Pos Bersih, Perak – Lata Lembik, Raub, Pahang
Bil Peserta dari K.PROSTAR Jempol : 6 org

Pada 21hb - 23 hb Julai 06 . Seramai 6 ’orang kuat’ PROSTAR Daerah Jempol telah menyertai PROSTAR Rain Forest Challenge 06 dari Perak ke Pahang melalui Banjaran Titiwangsa. Prostar Jempol menerima jemputan peribadi dari Penyelaras PROSTAR Daerah Batang Padang, Perak Tengah , En. Muhammad Isa Abd.Aziz bagi menyertai ekspedisi ini. Seramai 130 orang urusetia dan peserta telah berjaya meredah hutan belantara Banjaran Titiwangsa bermula dari Pos Bersih, Slim River dan tiba kira-kira 10 jam kemudian di Lata Lembik, Raub Pahang. Kelab PROSTAR Daerah Raub telah menyambut ketibaan para peserta ekspedisi dengan penuh meriah sekali. Ini adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh wakil PROSTAR Jempol!

5. Perkhemahan ARPRM dan PROSTAR JEMPOL ke G. Belumut, Kluang, Johor
Tarikh : 15 – 18hb Disember 2006
Tempat : Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang, Johor.
Bil. Peserta : 79 orang
Bil Fasilitator / Urusetia : 25 orang

Sekali lagi Kelab PROSTAR Daerah Jempol dan ARPRM Jempol mengadakan Program Perkhemahan di Gunung Belumut, Kluang Johor. Pada kali ini bilangan peserta lebih ramai dan mengadakan program perkhemahan semasa musim hujan benar-benar menguji para peserta! Walaubagaimanapun, segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.