Image Hosted by ImageShack.us

PENGENALAN




SELAMAT DATANG KE LAMAN PROSTAR JEMPOL NS

Salam PROSTAR dari kami di Jempol . Alhamdullilah kerana akhirnya pada Februari 2007 laman web ini telah dapat disiapkan. Sebelum ini ramai rakan - rakan PROSTAR yang selalu mengunjungi laman web lama kami terkeliru kenapalah kami telah bertukar ke sini. Ini kerana semenjak Februari 2007 pihak Blogger telah menukarkan polisinya. Oleh itu kami terpaksa akur dan akhirnya inilah hasilnya. Apapun kami berterima kasih kepada anda semua kerana sentiasa memberi sokongan kepada laman web baru ini pula. Blog ini juga telah memenangi tempat ke dua dalam Pertandingan Bahan Pendidikan Pelajar semasa Konvensyen PROSTAR Negeri Sembilan Tahun 2007.Tak lupa juga pada Penyelaras lama PROSTAR Jempol yang memang aktif dari dulu lagi iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Jempol En. Kamarul Zaman Daniel yang memberi idea atas penubuhan laman web sensasi ini.

Oh ya seperti mana yang di ketahui, PROSTAR Jempol memang terkenal dengan program - program xpdc,panjat gunung,trekking dan aktiviti rekreasi bersama remaja dan belia. Al maklumlah, program - program kami ini sentiasa mendapat sokongan penuh dari Pejabat Kesihatan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Sebab itulah kami rajin menganjurkan program rekreasi yang berkos rendah agar remaja dan belia di felda ini dapat menyertai program - program PROSTAR Jempol malahan bayaran yang di kenakan amat murah sekali. PROSTAR Jempol juga terkenal dengan Barisan Sukarelawan - Sukarelawan PROSTAR yang sentiasa bersedia berkhidmat secara PERCUMA apabila dipanggil .Buat masa ini, banyak Kelab PROSTAR di daerah lain di NS yang sudah memanggil kami untuk membantu menjayakan program - program mereka malahan khidmat kami juga digunakan sehinggalah ke PROSTAR Perak dan Pahang. So kalau ada PROSTAR daerah lain yang berminat menggunakan khidmat kami, jangan lupa call ya.

Image Hosted by ImageShack.us

Sekiranya anda ada sebarang maklumat, cerita,informasi dan sebarang program PROSTAR dari tempat anda yang hendak di hebahkan , hantarlah email kepada saya di alamat kembara_dca@yahoo.com atau 012 3694057 . Insyallah akan saya hebahkan di sini. Tawaran ini juga kami buka kepada semua rakan - rakan PROSTAR di mana anda berada di seluruh Malaysia. Jom Kita Klik PROSTAR Jempol.

.




'




( Bergambar Bersama Peserta PROSTAR KERIAN Perak sebelum Mendaki Gunung Brinchang Cameron Highland. Belakang tu adalah Gunung Brinchang yang kami daki dan di bawah ini pulak, adalah keratan Akhbar Sinar yang memaparkan xpdc kami tempoh hari )
.









Memang best xpdc Cameron Highland anjuran Kelab Prostar Jempol bersama Persatuan Rekreasi dan Persatuan Gerakan Belia Wawasan Batu Kikir. Program yang berlangsung dari 29hb Mei - 2 Jun 2008 itu telah meninggalkan kenangan indah buat peserta. Walaupun bayaran di kenakan sebanyak RM70 tetapi ramai yang menyertainya. Maklumkan PROSTAR Jempol dah biasa buat program tanpa mengharapkan sebarang peruntukkan. Budak - budak ini , pulak memang dah tahu sangat , kalau join program PROSTAR Jempol walaupun di kenakan bayaran tetap best dan tak rugi kalau ikut serta. Lagi pun kami dah banyak buat program tanpa bantuan kewangan daripada mana - mana pihak. Bukan apa kalau selalu sangat bergantung dengan peruntukkan maka tak jalanlah program sesuatu kelab tu.
.
Stail program adalah ' REKREASI ' so santai jer takda ceramah - ceramah. Samalah macam xpdc yang kami buat sebelum ini seperti Xpdc Belumut 1 , Xpdc Dabong Kelantan , Xplorasi Belumut Kluang dan Perkhemahan Gunung Angsi. Apapun banyak aktiviti berfaedah telah diselitkan bagi menyerikan xpdc ini kali ini seperti mendaki Gunung Brinchang , Gotong royong di Masjid Abu Bakar Cameron Highland, mengedarkan risalah Aids dan Hiv di Pekan Tanah Tinggi , Khidmat masyarakat, dan macam - macam lagi. Apapun kesimpulan program ini , kami banyak berjalan kaki. Start hari pertama kami asyik merayau jer. Rasanya hampir 40km lebih kami dah jalan kat Cameron Highland tu.Seperti mana yang kita ketahui Kelab Prostar Jempol sentiasa membuka penyertaan bagi Kelab Prostar lain untuk join sama , Oleh itu Lebih best lagi dengan kehadiran Peserta Prostar KERIAN seramai 10 orang yang bersama - sama menyertai program Prostar Jempol. Sumbangan mereka sangat besar dalam memberi kemudahan pengangkutan mengangkut peserta yang menghadapi kecemasan semasa menuruni Gunung Brinchang dan membawa peralatan gotong royong ke masjid. Saya mewakili pihak Prostar Jempol mengucapkan ribuan terima kesih kepada Prostar Kerian yang banyak membantu kami, lebih - lebih lagi pada Shahrul ketua kontinjen dan pakcik pemandu yang sentiasa bersedia memberikan pertolongan apabila di perlukan. Budak - budak PROSTAR Kerian pula cepat mesra dengan budak - budak Jempol. Harap lepas ini PROSTAR KERIAN jangan lupa ajak kami sertai program anda ok. ( nak tengok gambar2 xpdc sila klik gambar xtvt Kelab Prostar Jempol atau klik kat sini http://prostarjempol.multiply.com/photos)

.

Iklan ini di taja oleh
Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol NS

PROSTAR

Latarbelakang Penubuhan



Berdasarkan kepada situasi di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja maka Prostar ditubuhkan. AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.

Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah.

Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

.
PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.

Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.
.
KONSEP PROSTAR
.
PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
.



( Nak baca - sila double klik pada rajah )

Aktiviti-aktiviti
Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikan Latihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya.

Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah;
Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
Sesi kaunseling remaja.
.
.
.
Latihan PRS PROSTAR
Menerbit dan mengedarkan newsletter
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)
Sehingga akhir Disember 2005 sebanyak 5,871 sesi aktiviti PROSTAR telah dilaksanakan dan seramai 815,157 orang remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun telah turut serta dan mendapat maklumat HIV/AIDS melalui aktiviti yang disertai. Pada tahun 2005 sahaja sebanyak 227 sesi aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS yang telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 23,455 orang remaja. Sehingga akhir tahun 2005 sebanyak 104 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan iaitu di daerah dan negeri serta 2268 buah di sekolah menengah di seluruh Negara. Kini Kelab PROSTAR Malaysia, giat dalam menubuhkan Pusat Khidmat PROSTAR (PKP) di seluruh Negara dalam menyediakan sebuah premis kesihatan remaja dengan pendekatan "mesra remaja" kepada remaja-remaja yang bermasalah.
.
Acara Tahunan
.
Konvensyen
Konvensyen PROSTAR diadakan dengan hasrat untuk memberikan peluang dan ruang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman

Konvensyen Prostar telah dijalankan secara dwitahunan di peringkat negeri dan juga di peringkat Kebangsaan. Tujuan Konvensyen diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli kelab PROSTAR (prostarian) untuk berkumpul dan bertukar pengalaman serta menyelesaikan permasaalahan berkaitan Program PROSTAR di Malaysia secara lebih bersepadu dan bersemuka. Acara konvensyen diadakan adalah bagi mempastikan kelangsungan program PROSTAR ini. Di samping acara tetap seperti upacara perasmian dan Mesyuarat Agong Kelab PROSTAR, berbagai acara yang boleh meningkatkan pengetahuan,motivasi dan minat PRS untuk terus aktif juga diadakan seperti sesi berkongsi pengalaman, pameran pencapaian, acara sukan, aktiviti gotong royong, aktiviti kemasyarakatan dan banyak lagi.
.
Jambori Prostar
Jambori PROSTAR merupakan aktiviti perkhemahan remaja PROSTAR Sekolah bertujuan untuk memberi ruang kepada mereka berhimpun, bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memberi input-input pendidikan dan pengetahuan. Program Jambori ini juga diadakan secara dwitahunan dan bertindak sebagai landasan dalam memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dan guru sekolah yang banyak menyumbang dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan khususnya dari aspek pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di sekolah. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk sahsiah individu ke arah kehidupan yang sihat, berdikari, beketrampilan serta berwawasan.
.
.
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung diadakan setiap tahun bagi memenuhi kehendak perlembagaan Kelab PROSTAR dengan pemilihan jawatankuasa setiap dua tahun. Perwakilan berpeluang mengemukakan usul di samping menilai prestasi kelab
.

( Nak baca - Double klik pada rajah )

PROGRAM TERKINI JEMPOL

PROGRAM PRS KUALA PILAH


Pada 7hb - 9hb September 2007 lepas, PROSTAR Jempol telah dijemput oleh En. Abdullah ( Penyelaras PROSTAR Kuala Pilah) untuk membantu beliau menjayakan Program PRS PROSTAR Kuala Pilah di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Seramai 36 pelajar telah terlibat dengan program tersebut. Diantara sekolah terbabit ialah SMK Dangi, SMK Juasseh, SMK Tanjung Ipoh,SMK Jelai, SMK Sains Tuanku Kursiah, SMK Tuanku Jaafar dan SMK Chen Wen. Budak2nya semuanya elok2 belaka dan baik2 la pulak. Mereka bertuah kerana dapat menyertai Karnival Kecergasan Daerah Jempol anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Jempol yang kebetulan berlangsung di situ sekali gus layak menerima T - SHIRT dan kupon cabutan bertuah. So mereka telah dapat membawa balik pelbagai hadiah...untungnyer.....mmmmmm. Di sini bangmir, bang aidil, bangman , Kakngah, abang Ucop dan Akak Induk ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada PROSTAR Pilah kerana sudi menjemput kami untuk bantu program tersebut. Sure u all hairankan masa majlis Penutupan Program tersebut kerana terlampau sempoi dan tak skema sangat. Bukan apa kami dah muak berskema2 ni. Lagipun kebetulan Tetamu Kehormat kita adalah En. Kamarulzaman. So diapun memang sempoi orangnya. Itulah kekuatan kami di Jempol. Walaupun dah penat giler sebab uruskan karnival tersebut ( ada yang semalaman tak tido ) tapi masih ada lagi masa ,tenaga dan ceria selalu membantu PRS tersebut . Sebab itu Sukarelawan PROSTAR JEMPOL budak2 nya memang sempoi2 + giler2 kerana itulah kekuatan Team Building kami di JEMPOL ini. Bukan apa kami seronok dan bangga apabila dapat memberikan khidmat kepada masyarakat. So kalau ada program jangan lupa info kami yer.......
.
* Terharu abangmir tengok kekuatan komitmen yang telah diberikan oleh En. Lah, Akak Azni dan Rakan2 Kesihatan ( PROSTAR KUALA PILAH ) yang terlibat dalam menjayakan program PRS tersebut. Tahniah diucapkan kerana berjaya melaksanakan PRS tersebut dengan baiknya.


SENARAI PESERTA PROSTAR JEMPOL UNTUK PEMBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NS PADA 31 OGOS 2007 DI SEREMBAN.






1.KAMAROZZAMAN BIN ADAM
2.MOHD YUSOF BIN SHAHARI
3.FAZRUL AZRY BIN MOHD ARIF
4.FAHMI HAZIZI BIN ABU ZARIN
5.MOHD FAIZAL BIN MD.DERUS
6.NORHIZAM BIN ZAINUDDIN
7.RAZALI BIN MOHAMAD
8.ROSHAMIZAN BIN MOHD.YUSOF
9.ZAILINIZA BIN ZAINAL ABIDIN
10.SURIANIZAM BIN MOHD TAHAR
11.MOHD ARIF BIN JAAFAR
12.JAMALILAKHIR BIN ABDULLAH
13.MOHD RIZAL BIN SHAARI
14.GHAZALI BIN ANUAR
15.MOHD NORHALIM BIN MOHD JAMIL
16.MUHAMAD ABU UBAIDAH BIN ZULKEFLY
17.MOHD AKMIL RIZAT BIN MOHAMAD
18.NORFAEZAH BT MOHD YUNUS
19.FANITA BT. A.NAFIAH
20.NORSIAH BT. NOH
21.MUZALIFA BT. KAMARUDDIN
22.GUGANESWARY A/P VELLAYAN
23.NORAZRINA
24.SITI AZRENA BT ABU BAKAR
25.MOHD HAIDIL BIN HJ. MOHAMAD ( Dah ada baju)
.
PROGRAM PRS ( PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ) PROSTAR JEMPOL SIRI 2 2007




Peserta Sek. Men. Pasoh 2 / Peserta Sek. Men Palong 7
.

Peserta Sek. Men Seri Pepatih / Peserta Sek. Men Lui Barat

Pada 27hb - 29hb Julai 2007 , PROSTAR Jempol telah mengadakan Program PRS PROSTAR siri 2 di Hutan FRIM Pasoh 2 Simpang Pertang. Ini adalah kali ke 2 PROSTAR Jempol telah mengadakan program PRS di tempat ini. Seramai 35 pelajar dan 12 orang FC / Urusetia terlibat. Sekolah Pasoh 2,Seri Pepatih , Palong 7 dan Sekolah Lui Barat telah di pilih untuk menyertai program tersebut. Pemilihan kali ini adalah terdiri daripada semua AJK Kelab Prostar sekolah masing - masing. PRS ke 2 ini amat berbeza kerana semua FC yang menyampaikan slot adalah FC - FC yang baru. Bak kata penyelaras program En. Kamarulzaman Daniel ' nak cari pelapis yang baru dan muda'. Kami PROSTAR Jempol juga bertuah kerana Naib Yang Di Pertua Kelab PROSTAR NS En. Ramli telah sudi bersama2 kami selama 3 hari 2 malam. Banyak ilmu dan tunjuk ajar yang kami perolehi daripada beliau. Setiap sekolah juga akan di beri satu Projek Komuniti PROSTAR untuk di buat di sekolah masing2. Tempoh di beri selama 6 bulan. Selain itu juga peserta dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan khatulistiwa semasa program trekking berilmu bersama FRIM. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FRIM Pasoh 2 terutama Abang Mat dan Family kerana memberi layanan istimewa sepanjang progam kami berlangsung. Kepada para peserta terima kasih kerana U ALL BEST !. Jangan lupa klik selalu web ini yer. Nak tengok gambar jangan lupa klik pada ruangan gambar panas PROSTAR okey

2.Sukarelawan PROSTAR JEMPOl Menghadiri Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional Peringkat Daerah Jempol 2007
.

.
Sebagai menambah pengalaman dan ilmu kesukarelaan, PROSTAR JEMPOL telah menghantar beberapa orang Junior Sukarelawan PROSTAR Jempol untuk menyertai Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol NS pada 25hb Mei - 3hb Jun 2007. Program ini berlangsung selama 10 hari telah di isi dengan pelbagai ilmu dan maklumat kesukarelaan. Selain itu juga peserta di tempatkan bersama Program Keluarga Angkat di Port Dickson. Syabas kepada mereka yang menghadiri kursus tersebut. Semoga u all menjadi Sukarelawan yang berkualiti.
* Antara otai Sukarelawan PROSTAR JEMPOL yang terlibat sebagai Fasilitator ialah En. Kamarul Zaman Daniel ( Penyelaras PROSTAR Terbaik NS 07) , En.Amir Zulhairi ,En. Haidil, KakNgah Fanita dan En. Azrul Fahmi.
.

Program PROSTAR Jom Masuk Kampung
. ( Taklimat peserta sebelum memulakan xtvt khidmat masyarakat di kg tersebut )
.
( Program Jom Masuk Kampung di Jeram Serting Ulu 27 - 29hb April 2007 )
.
( Bergambar kenangan bersama para peserta )
.
( Mengedarkan maklumat bergerak kepada para remaja kampung tersebut )
.

( Gotong royong bersama unit sukarelawan Prostar Jempol )